Soalan Lazim

1. Bilakah borang cukai perlu dihantar?

Borang cukai B adalah untuk individu yang menjalankan perniagaan dan perlu diisi dan dihantar sebelu 30 Mei setiap tahun. Borang BE pula untuk individu yang tidak menjalankan perniagaan (pendapatan berasaskan penggajian) dihantar sebelum 30 April.

Setiap perniaga perlu mengisi borang B setiap tahun bermula dari tarikh mula niaga dalam Borang D SSM
kegagalan untuk mengisi dan menhantar borang akan menyebabkan masalah pada masa akan datang.

2. Apakah yang patut saya lakukan apabila menerima surat dari LHDN?

Borang J biasanya dihantar kepada pembayar cukai setelah taksiran cukai dibuat dan denda akan
dikenakan. Surat-surat lain yang dihantar LHDN berbentuk arahan kepada individu atau syarikat
untuk diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Sila telefon kami untuk proses selanjutnya.

3. Berapa lama dokumen-dokumen perniagaan perlu disimpan?

Dokumen perniagaan seperti invois, bil, surat perjanjian dan lain-lain bukti perniagaan perlu disimpan
peniaga dalam masa 7 tahun kebelakang atau sejak perniagaan bermula yang mana yang lebih awal.

4. Apakah faedah untuk peniaga mendaftar lesen kewangan MOF?
(a) Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dapat menyertai perolehan yang dilaksanakan melalui sebut harga dan tender;
(b) Syarikat yang berdaftar dikecualikan daripada deposit tender;
(c) Syarikat boleh mempamerkan katalog dan harga dalam sistem ePerolehan dan meluaskan peluang pemasaran; dan
(d) Memudahkan Agensi Kerajaan untuk mempelawa sebut harga, tender atau membeli terus

5. Bolehkah diterangkan secara ringkas tentang zakat perniagaan dan kesannya ke atas cukai syarikat?

Pada masa ini bagi mana-mana syarikat yang menunaikan zakat ke atas pendapatan syarikat mereka tidak 
mendapat pelepasan cukai seperti mana cukai pendapatan. Namun begitu, bagi mengurangkan kos pengendalian perniagaan mereka, pihak kerajaan telah membenarkan bayaran zakat perniagaan oleh
syarikat boleh digunakan untuk tujuan pemotongan bagi pengiraan cukai perniagaan sehingga 2.5 peratus daripada pendapatan agregat syarikat berkenaan.

6. Bagaimana menubuhkan atau mendaftar sebuah syarikat sdn bhd?

Untuk menubuhkan sebuah syarikat, pemohon perlu menhantar borang 13A untuk carian nama. Jika
nama diluluskan, pemohon perlu menghantar dalam masa 3 bulan dari tarikh lulus:

   (a) Borang 6
   (b) Borang 48A
   (c) Memorandum and article of association
   (d) Yuran seperti Jadual kedua akta syarikat 1965

7. Bilakah audit syarikat perlu diserahkan kepada SSM?

Syarikat perlu menghantar annual return dalam masa sebulan AGM mengikut akta syarikat berserta
salinan laporan audit syarikat tahun sebelumnya yang disahkan setiausaha dan pengarah dan salinan
laporan audit tahun semasa.

8. Apakah lampiran kertas kerja pinjaman?

Sila lihat page kertas kerja pinjaman, sila telefon kami untuk maklumat lanjut..

   
   
   

No comments:

Post a Comment